Sunday 24 November 2013

Freemason & Program Antarabangsanya

 

Terdapat 3 versi yang menjelaskan tentang Program Antarabangsa Freemason, yang mana hal ini tidaklah aneh mengingatkan bahawa Freemason adalah sebuah organisasi yang bersifat rahsia, sehingga terdapat perbezaan antara versi yang satu dengan yang lain. Namun yang paling penting adalah hendaklah kaum Muslimin mengetahui strategi Freemason yang telah terbukti melalui berbagai bentuk dan usaha-usaha gigih mereka di dunia hingga ke hari ini.

 

Versi Pertama:

Dinukilkan daripada Kitab bertajuk “Risalah dalam Masalah Agama, Mazhab dan Isme” tulisan Muhammad bin Ibrahim Al-Hamd, menyebut Strategi Antarabangsa Freemason adalah sebagai berikut:

1.   Memfokuskan pada pembentukan pemuda di seluruh dunia untuk mengabdi pada kemaslahatan Yahudi dengan cara:

a)  Memanjakan para pemuda melalui berbagai media yang melalaikan bagi pemuda itu sendiri, apalagi bagi bangsa dan negaranya; kerana para pemuda itu akan hidup dalam pelbagai permainan dan hiburan.

b)  Tenggelamkan para pemuda itu ke dalam kerosakan, dan dalam perkara-perkara yang tidak bermakna, melalui berbagai kegiatan-kegiatan atau organisasi-organisasi olahraga dan muzik, dengan memanfaatkan media cetak serta media apa sahaja bagi mendukung hal tersebut.

c)   Menyebarkan dadah, pusat-pusat seks percuma (pergaulan bebas); yang mana hal ini diusahakan oleh Freemason agar para pemuda itu terlepas daripada cara hidup yang serius, dan kehidupan yang penuh dengan cita-cita dan visi.

 

2.   Menggunakan wanita sebagai usaha untuk menyebarkan iklan-iklan yang sangat menonjol daripada para wanita tersebut dan menyeru mereka supaya menonjolkan aurat melalui berbagai syiar mereka seperti:

a)  Kebebasan Wanita

b)  Wanita Berkerjaya

c)   Emansipasi (persamaan hak antara lelaki dan wanita)

d)  Wanita yang bekerja adalah lebih baik daripada wanita yang tidak bekerja

e)  Melibatkan wanita dalam dunia ekonomi bangsa dan negara

f)    Wanita dilibatkan dalam bidang seni mahupun bidang-bidang yang berkaitan dengan apa-apa yang menjadi kegemaran manusia.

g)  Wanita tidak boleh dibiarkan dianggap sebagai orang yang tidak berfungsi akalnya.

 

3.   Masuk ke dalam Parti-Parti dan kemudian mengusahakan agar semua parti-parti itu terfokus untuk memberikan sumbangan yang positif kepada Yahudi; atau paling tidak memberikan jaminan agar mereka tidak memberikan penentangan terhadap Yahudi atau tidak membangkang terhadap apa-apa yang menjadi kemaslahatan Yahudi.

 

4.   Memberikan asas atau motivasi kepada munculnya teori-teori atau pemikiran atau badan-badan yang menghembuskan kemerdekaan, contohnya: dengan pola pemikiran yang serba merdeka, serba hak asasi; kerana hal yang demikian itu akan mempercepatkan kepada situasi kekacauan iaitu kekacauan moral, porak-perandanya rumah tangga dan sebagainya.

 

5.   Menggunakan cara sogok-menyogok dengan harta atau seks, terutama terhadap orang-orang yang memiliki kedudukan penting di dalam masyarakat; selanjutnya melantik mereka agar berkhidmat serta memberikan sumbangan untuk Freemason. Hal ini dilakukan dengan menghalalkan segala cara.

 

6.   Memberikan motivasi terhadap teori-teori yang mendukung kekacauan teori ekonomi antarabangsa melalui sistem kapitalisme. Di mana hal ini dimaksudkan sebagai suatu cara untuk merosakkan akhlak dengan cara memanjakan manusia melalui harta atau rayuan perempuan. Ekonomi negara-negara pun harus dihancurkan atau dipesongkan sudut pandangnya, agar sesuai dengan kepentingan Freemason Yahudi.

 

7.   Merekrut sebanyak mungkin pengikut untuk bergabung dengan Freemason dan mendorong - terutamanya kepada orang-orang yang suka dibayar - untuk masuk ke dalam perangkap Freemason. Idealisme orang-orang seperti itu mudah dibeli melalui pemberian manfaat yang diingininya, dan Freemason memiliki kekuasaan terhadap apa yang diinginkan itu. Orang-orang yang orientasi hidupnya adalah materialistik, maka akan lebih mudah terkena perangkap virus ini. Orang-orang yang memiliki kegemaran pada jawatan, atau orang-orang yang memiliki kecenderungan untuk sentiasa dipatuhi dalam pelbagai komuniti masyarakat; contohnya para Menteri, para peniaga, para tokoh jurnalis mahupun para seniman, maka mereka semua itu merupakan target untuk direkrut menjadi anggota Freemason.

 

8.   Memantapkan perangkap terhadap orang-orang yang telah terpengaruh ke dalam dunia Freemason dengan cara mengikat mereka dari berbagai penjuru, sebagai usaha untuk menyempurnakan kekuasaan ke atas mereka. Juga memberikan kemudahan demi kemudahan bagi mereka padahal seharusnya mereka itu berada dalam kehinaan untuk melakukan apa sahaja yang menjadi keinginan Freemason.

 

9.   Freemason menetapkan syarat kepada orang-orang yang ingin masuk ke dalam Freemason untuk melepaskan segala ikatan dengan agamanya, melepaskan ikatan dengan moral, dan juga melepaskan ikatan mereka dengan negeri atau kebangsaannya ataupun nasionalisme mereka. Dan kemudian hendaklah mereka itu memberikan kesetiaan penuh hanya kepada Freemason.

 

10.       Seandainya seseorang yang telah masuk ke dalam Freemason, dan telah dimanjakan dengan berbagai kemudahan yang diberikan oleh Freemason kepadanya, namun kemudian orang tersebut membangkang dan menentang dalam perkara apa sahaja yang menjadi keputusan organisasi Freemason; maka Freemason akan merancangkan suatu strategi agar orang sepertinya terjerumus ke dalam kehinaan, memberikan fitnah yang sangat besar baginya, yang bahkan boleh jadi perjalanan akhir bagi orang yang sedemikian adalah kematian. Dengan kata lain, apabila terdapat anggota Freemason yang membangkang, maka dia akan dicelakakan dan akhirnya dibunuh.

 

11.       Freemason melepaskan diri dari orang-orang yang sudah diambil manfaatnya, dan yang kini sudah tidak lagi diperlukan oleh Freemason.

 

 

Versi Kedua:

Sebagaimana yang dinukilkan daripada buku bertajuk “Jaringan Gelap Freemason – Sejarah dan Perkembangannya hingga ke Indonesia”, tulisan: A.D. El Marzdedeq, terdapat 10 Program Antarabangsa Freemason yang dinamakan seperti berikut:

1.   Takkim

2.   Shada

3.   Parokim

4.   Libarim

5.   Babill

6.   Onan

7.   Protokol

8.   Gorgah

9.   Plotisme

10.       Qornun

 

Di mana program-program itu apabila dibandingkan, maka tidak bercanggah dengan perkara-perkara yang terdapat pada versi pertama di atas. Apabila dihuraikan, maka sepuluh Program Antarabangsa Freemason itu adalah:

 

Program pertama - Takkim:

Pada masa Nabi Isa a.s:

Orang-orang Yahudi dengan segala tipu dayanya ingin membunuh Nabi Isa a.s. Di antaranya dengan lontaran fitnah keji “Ingin Menjadi Raja Yahudi” yang disampaikan mereka kepada penguasa Romawi. Tetapi Allah SWT menyelamatkan Nabi Isa a.s, dan sebagai gantinya Yudas tersalib di Golgota.

 

Maka setelah mereka beranggapan Nabi Isa a.s sudah tiada, orang Yahudi berusaha menghancurkan ajarannya yang telah tersebar dengan Takkim, iaitu:

1.   Merosak ajarannya yang ada, dengan mengharamkan yang halal dan menghalalkan yang haram.

2.   Merombak akidah dengan mempertigakan Tuhan (Trinitas)

3.   Merosakkan Injil yang sedia ada dengan menulis Injil palsu

4.   Paulus disamatarafkan dengan Nabi Isa.

 

Akibat Takkim itu, ajaran Nabi Isa a.s porak-peranda. Timbullah ajaran baru buatan Yahudi yang pelbagai.

 

Pada masa Islam:

1.   Takkim pertama adalah pada zaman Rasulullah SAW, orang-orang Yahudi memupuk sifat Munafikin dan Mudahin. Di antaranya mereka berusaha mengacau-bilaukan ajaran Islam, memfitnah isteri Nabi SAW, melakukan sihir, memecah-belahkan kaum Ansar dan Muhajirin, membuat masjid Dhiror, dan sebagainya. Tokoh yang terkenal adalah Abdullah bin Ubay bin Salul. Rasulullah SAW tidak dapat diperdayakan, kerana selalu berada dalam lindungan Allah SWT.

 

2.   Dengan memecah-belahkan Khalifah Ali bin Abi Talib r.a dengan Muawiyyah r.a, sehingga Aisyah r.a (isteri Nabi SAW) campur tangan. Akibat gerakan Takkim Yahudi itu, Khalifah Umar r.a, Usman r.a dan Ali r.a terbunuh. Kemudian berpanjangan hingga muncul kekhalifahan Barat dan kekhalifahan Timur.

 

Tokoh munafikin yang terkenal adalah Jirji ben Shada, seorang Yahudi yang biasa dipanggil Abdullah bin Saba. Dia melakukan fitnah dan merosak akidah dengan mendirikan aliran Sabaiah yang mempertuhankan Ali.

 

3.   Membuat beratus-ratus Hadis palsu, memasukkan dongeng Israiliyat, mengubah pentafsiran Al-Quran dan sebagainya.

 

4.   Mendangkalkan akidah umat dengan falsafah Yunani, sehingga timbul aliran kerahiban, tarekat Sufi, Muktazilah dan sebagainya. Maka muncullah ahli-ahli falsafah Islam yang menghuraikan akidah Islam dengan falsafah Yunani, menuruti fikiran Plato, Aristotle dan sebagainya.

 

5.   Membuat lembaga pendidikan Islam yang dipimpin oleh seorang alim didikan Freemason. Dia menafsirkan Al-Quran dan Hadis dengan alam fikiran Freemason, seperti mengingkari mukjizat dan sebagainya.

 

Lembaga pendidikan mereka berkembang semenjak zaman kekhalifahan Abbasiyyah, Bani Umayyah, Turki Utsmani hingga masa kini. Lembaga pendidikan mereka ada yang tertutup dan ada pula yang terbuka.

 

Hasil mereka adalah alim ulama sekular, alim ulama serba akal, dan bertambahnya alim ulama yang meragui kerasulan.

 

Pada masa abad moden, tokoh-tokoh mereka: Goldziher, Maynard, S.M. Zwimmer, Azis Athiyah Surial, G. Von Gurenebaum, Philip Hittit, A.J. Wensinck, Kenneth Crag, Louis Massignon, D.B. MacDonald, Majid Qadari, Reynold A. Nicholson, D.S. Margoliouth, J. Schat, Rasyad, Hendry Lamens, Harvey Hull, Gibb, Gholamlam, Jamaluddin Al Wabuli, dan lain-lainnya.

 

Anak didik Freemason adalah: Rifa’ah Thathawi, Khairuddin At Tunisi, Burtus (Petrus Bustani) penyebar slogan “Cinta negeri sebahagian daripada iman” (1819-1883), Jirji Zaidan, Sulaiman Taqla, Jamaluddin Al-Kabuli, Haikal, Thaha Husain, Ali Abdurraziq, dan lain-lainnya.

 

6.   Menghidupkan kembali sunnah Jahiliah dengan alasan melestarikan adat istiadat nenek moyang.

 

7.   Menjadikan Islam supaya menyerupai Yahudi, Nasrani, dan agama lainnya; di antaranya memasukkan bentuk nyanyian gereja ke dalam masjid, ulang tahun dan sebagainya.

 

Takkim Freemason berjaya menghancurkan kekhalifahan Barat dengan menghasut rahib-rahib dan raja-raja Katolik. Sebanyak 600 000 umat Islam dimurtadkan, dibunuh dengan kejam, dan sebagainya dalam pengadilan berdarah.

 

Hulagu Khan menghancurkan kekhalifahan Barat, kononnya diundang oleh orang-orang Yahudi melalui wazir Khalifah dan Khalifah sendiri terbujuk untuk menghantarkan pasukan penyerang menghalangi pasukan Mongol.

 

Kekhalifahan Turki Utsmani hancur oleh gerakan Freemason dan berdirilah Republik Turki Sekular pimpinan Mustafa Kemal Pasha yang bergelar Ataturk. Kemal Ataturk menghapuskan pengadilan syariat, menutup beberapa buah masjid, mengharuskan azan dengan bahasa Turki, zakat untuk negara, menggantikan hari istimewa Jumaat dengan hari Ahad, menghapuskan pemakaian Tudung, mengganti sistem kalender Hijrah dengan sistem kalender Masihi, mendirikan sekolah sekular, dan sebagainya. Kemal Ataturk adalah anggota Freemason tingkat tinggi.

 

Program kedua - Shada:

Program kedua dinamakan Shada, dalam istilah Freemason bererti membentuk agama baru dan agama tandingan di seluruh dunia.

 

Di Amerika Syarikat muncul Gereja Syaitan, Mormon, Saksi Yehova, Gereja Anak Tuhan dan seumpamanya.

 

Di India, ketika umat Islam bangkit untuk kembali kepada ajaran Al-Quran dan Hadis dan berusaha mengobarkan jihad kerana Allah, maka kaum penjajah Inggeris bekerjasama dengan pihak Freemason mendirikan gerakan Anti-Jihad. Mula-mula dengan menggalakkan Sufi dengan perantaraan alim ulama berbayar anggota Freemason, dan Kedua dengan gerakan kemahdian yang memuji-muji Inggeris dan melarang perang menentang Inggeris. Ditonjolkan seorang anggota Freemason bernama Mirza Ghulam Ahmad. Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya Al-Mahdi, Al-Masih Al-Mahud iaitu Nabi Isa yang turun kembali; dikatakannya bahawa Nabi Isa a.s Bani Israil sudah meninggal di Kashmir, dan dialah penjelmaan semulanya. Dia juga mendakwa dirinya sebagai Nabi Akhir Zaman yang tidak membawa syariat, khataman Nabiyin, Budha Awatara, Mesio Darbahmi, Khrisna dan seumpamanya. Menurutnya bahawa wahyu terus diturunkan. Di antaranya turun kepadanya dalam bahasa Arab, Parsi dan Urdu. Ditulisnya sendiri wahyu tersebut dalam Hakikatil Wahyu, Anjam Atham, Hamamatul Busra, dan buku-buku lainnya. Disebutkan pula bahawa Qadian itu adalah tanah suci yang setaraf dengan Madinah dan Makkah.

 

Ahmadiyah terbagi kepada dua, iaitu Ahmadiyah garis keras yang memuja Mirza Ghulam Ahmad, disebut Qadyani; dan Ahmadiyah garis halus iaitu Ahmadiyah Lahore. Keduanya tetap berkait rapat dengan Freemason. Rabithah Alam Islami yang bersidang di Makkah pada 14 – 18 Rabiul Awal 1394 H memutuskan bahawa Ahmadiyyah itu sebagai bukan Islam dan berhubungkait dengan Zionisme.

 

Di Iran, Freemason membentuk gerakan Babiah dan Bahaiah. Di Syria dan Lebanon terdapat kaum Druz. Dan hampir di setiap negara, Freemason mendirikan agama baru, agama tandingan, pecahan dan fahaman-fahaman sesat.

 

Pada dasarnya, yang mesti disedari oleh kaum Muslimin adalah Freemason melahirkan aliran-aliran sesat di tengah-tengah kaum Muslimin itu agar kaum Muslimin menjadi sibuk mengurus kebenaran dan salah akidahnya; dan bukan lagi sibuk untuk mempraktikkan ajaran Islam.

 

Program ketiga - Parokim:

Program Ketiga dinamakan Parokim, dalam istilah Freemason:

1.   Membuat gerakan yang bertentangan untuk satu tujuan.

2.   Mengembangkan Freemason tempatan dalam suatu negara dengan nama tempatan, tetapi tidak terlepas daripada asas dan tujuan Freemason

3.   Mendukung teori-teori yang bertentangan

4.   Membangkitkan khurafat agama dan menyebarkan teori Sigmund Freud dan Darwin sehingga antara agama dan ilmu pengetahuan bersaing, saling kalah mengalahi.

 

Seorang arkitek Parokim bernama Adam Weishaupt, seorang Yahudi yang lahir di Jerman pada tahun 1748. Dia mengkaji teologi Nasrani dan menjadi tokoh Nasrani, lalu berbalik menjadi ateis. Pada tahun 1770 dia diminta Himpunan Yahudi untuk membuat rencana mengelola dunia dan dia menerimanya. Pada tahun 1776, dia mendirikan Majlis Timur Raya untuk Freemason Kelompok Cahaya (Illuminati), yang antara lain programnya adalah:

a)  Kelompok Cahaya harus memperalat pimpinan pemerintahan suatu negara dengan cara apa pun, termasuk dengan rasuah dan wanita cantik

 

b)  Mendirikan sekolah khusus untuk mendidik mahasiswa terpilih dari setiap negara, khusus mengajarkan mengenai pengarahan ke arah kesejagatan dan Khom Kanon, serta mengajarkan kepada mereka jalan tunggal menghindari bahaya perang, kerana mereka orang Goyim, akan menerima apa pun yang baik bagi mereka, jasad mahupun rohaninya. Guru-guru kelompok Cahaya (Illuminati) harus benar-benar mendidik, mendoktrinkan, dan mencuci otak mereka agar berfikiran Freemason murni. Jika mereka kembali ke negerinya, Himpunan Freemason berusaha keras untuk menempatkan mereka ke posisi atas dan penting, agar mereka menjadi pelaksana kebijaksanaan yang sudah digariskan.

 

Sekolah khas seperti itu terdapat di Gordonstown Scotland, di Salem Jerman, dan di Anavryta Yunani.

 

c)   Freemason harus menguasai seluruh media massa yang berpengaruh.

 

Kaedah Parokim Weishaupt yang pertama ialah menghancurkan Inggeris dan Perancis. Dia meminta kelompok Cahaya agar mencetuskan perang imperialisme untuk melemahkan Inggeris dan mengobarkan Revolusi Perancis selewat-lewatnya tahun 1789 M.

 

Pada tahun 1784 M, seorang penghantar surat Weishaupt untuk kelompok Cahaya di Perancis, mati disambar petir di kota Ratisbon dalam perjalanan dari Frankfurt menuju Paris. Petugas keamanan Bavaria menemui mayat dan surat Weishaupt itu. Majlis Timur Raya diserbu, semua dokumen disita, begitu juga dokumen Parokim di rumah-rumah kelompok Cahaya. Pada tahun 1786 M Pemerintah Bavaria menyiarkan dokumen tersebut. Mereka yang menerima siaran itu hanya menganggapnya sebagai isu, termasuklah Raja Perancis.

 

Weishaupt dengan pantas bertindak menyuruh pengikutnya memasuki Freemason Hijau dengan misi ateis dan kesejagatannya. Dia juga menyuruh anggota kelompok Cahaya mempengaruhi majlis-majlis Inggeris dan menjemput John Robinson, seorang pensyarah falsafah Universiti Edinburg. Disebabkan percaya, John Robinson diberikan dokumen Parokim kelompok Cahaya. Tetapi dia merasa ngeri ketika mengkajinya dan akhirnya dia memperingatkan bangsanya mengenai bahaya kelompok Cahaya. Seruannya tidak dipedulikan orang ramai, sehingga akhirnya dia terpaksa menulis buku mengenai rencana kelompok Cahaya menghancurkan negara dan agama. Buku itu diterbitkan tahun 1789 M.

 

Pada tahun 1830 M, Weishaupt meninggal dunia dan rencana Parokim dipegang teguh murid-muridnya.

 

Di Itali, murid Weishaupt iaitu Giuseppe Mazzini (1805 -1872 M) lahir di Geneva dan bermastautin di Itali. Dia mendirikan perhimpunan kelompok Cahaya Lodge Itali Muda. Murid Weishaupt di Amerika adalah Thomas Jefferson, pelopor kelompok Cahaya di Amerika Syarikat. Dia lahir pada tahun 1743 M dan meninggal pada tahun 1826 M.

 

Thomas Jefferson dalam pencalonan Presiden Amerika Syarikat berhadapan dengan John Quincy Adams, seorang Freemason yang tidak menyetujui rencana kelompok Cahaya itu. Adams dalam kempennya menuduh Thomas Jefferson telah mengkhianati Freemason untuk kepentingan peribadi. Adams menghantarkan surat kepada Kolonel William Stone mengenai bahaya kelompok Cahaya.

 

Pada tahun 1826 M, Kapten William Morgan menyiarkan rancangan jahat kelompok Cahaya. Kelompok Cahaya menghukum mati Morgan; Dia dibunuh oleh Richard Howard. Kelompok Cahaya menang bersaing terhadap penentangan Freemason, setelah Thomas Jefferson menjawat sebagai Presiden Amerika Syarikat (1801 – 1809 M).

 

Pada tahun 1829 M, berlangsung kongres kelompok Cahaya di New York. Seorang Inggeris bernama Wright menjadi jurucakap utama dan mengumumkan bahawa kelompok Cahaya telah menerima penggabungan daripada kaum Ateis dan kaum Nihilis, serta kelompok perosak lainnya. Kelompok Ateis, Nihilis, dan sealirannya akan digabungkan dalam organisasi berautonomi daripada kelompok Cahaya, iaitu komunisme.

 

Tersebutlah Clinton Roosevelt, Horas Grilli, dan Charles Dava berusaha mengumpulkan dana untuk revolusi besar dunia, di antaranya dari jutawan Yahudi Amerika Syarikat, Inggeris, Perancis dan Rusia. Kelompok Cahaya telah membiayai dua orang Yahudi kelompok Cahaya sebagai pelaksana program revolusi iaitu Karl Marx dan Friedrich Engels yang bermastautin di Soho, London. Keduanya menulis buku Communist Manifesto dan Das Capital yang diserahkan kepada kelompok Cahaya untuk diterbitkan, dan kemudian diserahkan kepada Lodge Komunis.

 

Pada waktu yang sama, kelompok Cahaya memberikan tugas kepada Prof. Karel Tyler (1779 – 1859 M) pensyarah geografi, sejarah dan ilmu politik Universiti Frankfurt untuk membuat teori anti-komunis, iaitu Arianisme, bahawa bangsa Arialah pewaris dunia bermula dari India hingga Eropah. Teori ini disempurnakan oleh Frederick Wilhelm Nietzsche. Teori ini menjadi dasar Parti Nazi.

 

Komunis menyeru kepada Kesejagatan, sedangkan Arianisme menyerukan Nasionalisme. Arianisme berlambangkan Swastika, lambang bangsa Aria Kuno. Di lain pihak, kelompok Cahaya memupuk benih Kapitalisme, dengan memilih beberapa orang jutawan Yahudi di Amerika Syarikat, Perancis, dan Inggeris sebagai pelopor ekonomi bebas, yang tergamak mengorbankan orang lain.

 

Pada tahun 1840 M, Jenderal Albert Pike seorang Yahudi Freemason dari Lodge kelompok Cahaya yang merupakan anak murid Mazzini menjadi terkenal. Lahir pada tahun 1809 M dan meninggal tahun 1891 M, Albert Pike menulis banyak buku mengenai tugas Freemason dan sering kali beliau menyiarkan kandungan-kandungan Freemason itu. Beberapa pimpinan kelompok Cahaya mengangkat Albert Pike bagi mengadakan pembaharuan kelompok Cahaya yang telah dicemari para pengganggu.

 

Albert Pike mendirikan kemazhaban baru Freemason kelompok Cahaya, iaitu Tiga Dewan Tertinggi Freemason, yang dinamakan Baladia. Dewan pertama berada di kota Charleston di negara bahagian Carolina Selatan, yang kedua di Rom, dan yang ketiga di Berlin. Setiap Dewan dipimpin oleh seorang Yahudi yang menguasai 23 cabang dan setiap cabang dipimpin oleh seorang Yahudi yang menguasai 23 ranting.

 

Rencana Albert Pike yang dikemukakan dalam perhimpunan-perhimpunan kelompok Cahaya pada tahun 1859 – 1871 M ialah membentuk Jawatankuasa Perang Dunia I, II dan III. Perang Dunia I bertujuan meruntuhkan empayar Rusia dan Turki, serta mendirikan negara komunis di Rusia dan negara sekular di Turki. Rusia harus dijadikan pusat komunis antarabangsa dan Kremlin harus dijadikan istana komunis. Kekhalifahan Turki harus dilenyapkan dan di daerah bekas kekuasaan Turki harus menjadi pasaran Freemason yang anti hukum Islam.

 

Perang Dunia II adalah perang antara fasisme dan Zionisme. Adolf Hitler dengan Parti Nazi yang melaungkan slogan “Eropah Tanah Bangsa Aria, tidak ada tempat untuk bangsa Yahudi”, telah bersedia melenyapkan bangsa Yahudi dari seluruh Eropah, mereka segera membunuh orang-orang Yahudi.

 

Freemason kelompok Cahaya bertujuan:

1.   Kaum Yahudi agar bangkit dari tidurnya di atas timbunan harta, mereka harus bersedia menghadapi kekejaman yang sama daripada bangsa Arab jika mereka kembali ke Palestin.

2.   Bangsa Yahudi harus dilatih dengan latihan berat bagi menghadapi Parti Nazi Jerman dan Fasis Itali.

3.   Membentuk pasukan Yahudi: Haganah, Levi dan lainnya, dan dilatih dalam kancah perang besar. Agar jika mereka membentuk negara Israil, mereka telah mempunyai pasukan yang kuat dan terlatih.

4.   Bangsa Yahudi harus dilatih menahan lapar, panas, dingin dan seksa agar bersedia mendirikan negara di tanah yang gersang.

5.   Menyingkirkan Yahudi yang telah merosakkan kelompok Cahaya.

 

Perang Dunia III adalah perang antara Zionisme dan Islam.

 

Program keempat - Libarim:

Program Keempat dinamakan Libarim, dalam istilah Freemason:

1.   Melenyapkan etika klasik yang mengekang pergaulan muda-mudi, termasuk melalui penyebaran seks bebas.

2.   Persamaan hak di antara lelaki dan perempuan dalam hal kedudukan waris dan pakaian.

3.   Menghapuskan hukum yang melarang perkahwinan antara agama untuk melahirkan generasi bebas agama.

4.   Mengembangkan pendidikan seks di sekolah-sekolah

5.   Menjerumuskan pemuda-pemudi goyim ke alam khayal, dunia muzik dan dadah.

6.   Memperbanyakkan Rumah-rumah Syaitan di setiap tempat untuk menampung pemuda-pemudi dalam alamnya.

7.   Mengorganisasikan kaum gay, Lutheran dan lesbian serta pengakuan hak mereka dalam hukum.

 

Program kelima - Babill:

Program Kelima dinamakan Babill, dalam istilah Freemason iaitu memupuk semangat kebangsaan setiap bangsa dan menjaga kemurnian bangsa Yahudi.

 

Program keenam - Onan:

Program Keenam dinamakan Onan, dalam istilah Freemason :

1.   Mengekang peningkatan keturunan bangsa Goyim

2.   Menyuburkan perempuan-perempuan Yahudi menjadi peridi (beranak banyak).

 

Pada dasarnya, Freemason menghendaki agar orang selain Yahudi menjadi mandul, tidak tumbuh berkembang; dan yang berkembang hanyalah orang Yahudi. Oleh kerana itu diadakanlah program-program seperti Rancangan Keluarga untuk mengekang pertumbuhan anak kaum Muslimin, atau disebarkanlah slogan-slogan seperti 2 anak cukup bagi kaum Muslimin.

 

Program ketujuh - Protokol:

Program Ketujuh dinamakan Protokol. Dalam istilah Freemason, Protokol khusus untuk program bangsa Yahudi dalam Zionisme yang dimulai dengan Pengantar Protokol. Menurut buku Asas-Asas Freemason (halaman 42), Pengantar atau Pengawal Protokol itu dikarang terpisah dan tidak sezaman. Pengantar Protokol hanya ditemukan sebahagian, tertulis dalam bahasa Ibrani, konon di dalam bakul sampah Nazi.

 

Isi Protokol adalah rancangan Yahudi untuk menguasai dunia, di antaranya penghancuran ekonomi suatu negara hingga negara itu kemudian bergantung kepada Yahudi, rancangan penghancuran moral suatu bangsa, meruntuhkan pemerintahan suatu negara yang membenci Yahudi, lalu dengan strategi Freemason memunculkan penguasa baru yang dapat dipermainkan oleh Yahudi. Dengan program Protokol itu, bangsa Yahudi dapat menjadi penguasa ekonomi dunia, pengatur politik dunia, dan pengatur penerangan sedunia. Seluruh bangsa harus tunduk tanpa disedarinya pada isme-isme Yahudi. Akhirnya bangsa Yahudi mendirikan Israil Raya dan didukung oleh negara yang telah diperalatkannya itu.

 

Yang berikut adalah sedikit mengenai terjemahan protokol yang menerangkan mengenai kaedah penguasaan Negara dan Ekonomi Dunia agar semua kekuasaan pemerintahan dan ekonomi tunduk di bawah pengurusan Bani Israil.

 

1)  Sudah termasuk kewajiban kita untuk memperkuatkan keyakinan dan mengembangkan kemaksiatan agar ia menjadi lebih banyak daripada amal kebajikan di muka bumi ini, kerana itulah jalan yang utama untuk menguasai dunia. Caranya iaitu dengan meminjam tangan para penjahat bagi mengadakan taktik dan rampasan kuasa, memulakan pemberontakan dan peperangan, serta cara lain yang menggunakan kekerasan dan kekuatan.

 

Adalah kepakaran Yahudi itu terletak pada kebebasan berstrategi (menghalalkan segala cara). Kuasai seseorang agar dia membantah atasannya, dengan menggunakan emas, wang dan seumpamanya, sehingga akan terkuasailah pihak atasan dan pihak bawahan. Bantulah rakyat untuk meletuskan pemberontakan dan lakukanlah tekanan pada kedua belah pihak yang tengah berbantahan dengan pelbagai strategi tipuan dan pemalsuan, sehingga cara itu mempermudah kita untuk menguasai dunia.

 

2)  Kita harus menggunakan strategi "Pencabut Tongkat Umat", dari adat istiadat dan kebiasaan yang telah menjadi kelaziman.

 

Semua manusia memerlukan makanan, minuman, pakaian, wang, dan emas. Disebabkannya sangat diperlukan keberadaan ahli-ahli perbankan Yahudi untuk menghancurkan perekonomian sesuatu negara dengan cara mengacau-bilaukan bursa dan pemajakan pasar dari tangan goyim. Dengan cara demikian, penguasa pun akan bertekuk lutut dan meminta bantuan kita. Maka gunakanlah peluang ini dengan suatu strategi, sehingga mereka mematuhi dan menyetujui program kita. Dan kita juga perlu menguasai surat khabar, penerangan dan periklanan.

 

3)  Orang Yahudi harus tegas dalam menetapkan strategi, contohnya dalam peraturan kepartian yang dapat menghancurkan sesebuah bangsa. Kerananya telah menjadi kelaziman bahawa sesebuah parti itu bersaing hancur-menghancurkan dengan jalan perdebatan kaedah dan pertengkaran, pada masa yang sama terjadi penurunan kadar serta kekurangan dan kemiskinan yang kian merata.

 

Apabila telah berlaku demikian, terbukalah jalan bagi kita untuk menyebarkan bibit revolusi dan kemarahan rakyat. Pada ketika itulah kita akan mudah menghentam penguasa dengan menghasut rakyat, dan jika kekuasaan jatuh di tangan rakyat, maka sudah menjadi kelaziman bahawa mereka itu bukanlah ahlinya dan kita pun yakin bahawa mereka akan memerlukan bantuan kita. Dan kita harus dapat mengendalikan mereka dengan satu strategi fatwa: Hendaklah mereka diarahkan kepada dua pilihan sosialisme atau kapitalisme. Kerana pada ketika itu mereka telah menjadi sahabat kita dalam Freemason, jumlah pihak kita bertambah. Mereka pun dapat kita jadikan sebagai alat penghentam lawan lainnya. Itulah program kita dalam usaha untuk memperkecil jumlah lawan, sehingga memudahkan cara menguasainya.

 

4)  Setelah kehancuran kekuasaan lama dan dalam penantian peraturan yang baru, hendaklah diusahakan agar pimpinan yang lama secara tidak langsung menyelipkan peraturan yang menyimpang dan merosak di bawah pengendalian seorang sutradara Yahudi di balik tirai Freemason yang telah berkembang di seluruh dunia. Selain itu gunakanlah pula wang dan emas serta strategi ekonomi, iaitu untuk mempercepat barangan eksport dan meninggikan harga barangan import dari negara lain, di antaranya dengan jalan membuang lebihan hasil negara ke dalam laut atau membakarnya, agar harga pasaran tidak mengalami penurunan di pasaran dunia. lnilah senjata utama untuk mempercepat tercapainya tujuan Yahudi.

 

5)  Peraturan yang ditegakkan haruslah sesuai dengan konsep Yahudi, iaitu berdirinya sebuah pemerintahan yang kuat yang dapat memaksa para pemuka agama lain (goyim). Para pemuka agama itu harus ditekan, diugut, kemudian ditahan. Lalu usahakanlah pula mempersengketakan antara agama sehingga tidak mungkin lagi diharmonikan. Ketika itu sudah tidak mungkin lagi terdapat suatu negara, agama, mahupun bangsa yang berani menghadapi Yahudi secara terang-terangan, kerana Yahudi telah memecah-belah mereka dari luar. Dengan adanya musuh-musuh mereka dari luar mahupun dari dalam, terlalu sukar bagi mereka untuk bersatu. Semua pertikaian itu semata-mata menjadi keuntungan bagi kita.

 

Selama negara Kapitalis mematuhi sistem kita, selama itu pulalah kekuasaan di tangan kita. Kerosakan dan rasuah pun akan menjadi budaya. Sepanjang ekonomi dijadikan alat strategi, kita wajib mengendalikan periklanan, kerana iklan perniagaan itu merupakan dana bagi persuratkhabaran, sehingga semua media massa akan mematuhi program kita. Kemudian kita kendalikan media massa itu dengan penyajian teori dan fahaman yang bertentangan, yang akan menyebabkan perbezaan pendapat yang jauh daripada kesatuan tetapi selalu pula mengarah kepada persengketaan dan penentangan fizikal.

 

Kita harus berusaha keras untuk menghancurkan semua fahaman dan teori yang benar, kerana seorang ahli fikir yang benar akan lebih berbahaya daripada seorang jutawan.

 

6)  Kita membuktikan diri, bahawa kita telah menguasai aristokrasi, tetapi belum dapat menguasai semua benua dan negara besar lainnya yang sedang menyaingi kita dalam perniagaan, yang berakibat hasil-hasil bumi masih ada di tangan goyim, sehingga kita masih berhadapan rintangan untuk menguasai dunia. Maka untuk menghadapinya, kita harus menggunakan sistem pemajakan bursa demi untuk menghancurkan perekonomian mereka.

 

Kita harus dapat menguasai perniagaan barang-barang mewah dan segala perhiasan yang dapat melumpuhkan kekayaan mereka. Hendaklah menggunakan strategi mempersengketakan dan memecah-belahkan antara kaum buruh dengan memperniagakan opium (dadah), hasyisy (ganja), ubat-ubat bius, minuman keras, serta semua hal yang merangsang fahaman kebatilan yang dapat menghancurkan akhlak.

 

7)  Kita harus dapat memanfaatkan kekuatan polis dan ketenteraan untuk menjaga kepentingan dan kemaslahatan kita. Kita telah mempunyai keuntungan dan saham-saham besar yang tersebar hampir di setiap negara di dunia. Kita telah mempunyai kaki tangan yang memerlukan kita dan kita memerlukannya juga. Dalam kesempatan ini, lancarkanlah fitnah, penentangan, dan permusuhan agar kita dapat sepenuhnya menguasai mereka. Jika kelompok itu telah rosak, kita susun kelompok yang benar untuk memukul kelompok pertama itu dan kita hasut pula kelompok yang kedua lalu kita menyuntik bala bantuan. Pihak pertama pun mesti akan meminta bantuan kita, sehingga perniagaan mereka dapat kita kuasai. Dan kemudian usahakanlah pula agar mengobarkan penentangan antara bangsa dan agama sehingga berlanjutan terus-menerus. Seperti telah kita buktikan, bahawa dengan bantuan Amerika kita dapat menguasai Eropah dan Jepun menentang Eropah.

8)  Agar jangan sehingga ada pihak-pihak yang berusaha menentang Yahudi, kita perlu mempersiapkan unsur-unsur pendukung dan unsur-unsur yang akan mempertahankan kita.

a)  Kelompok pembantah, pemberontak, dan para penjahat yang tengah meringkuk di dalam penjara.

b)  Ahli-ahli fikir, pengarang, penyair, ahli perancang dan seumpamanya. Jika perlu, usahakanlah agar mereka dapat mencapai kedudukan pada posisi-posisi penting dalam pemerintahan negaranya. Jika telah memegang kekuasaan, mereka harus patuh menerapkan program kita.

 

9)  Hasutlah mereka itu untuk menggunakan strategi munafik yang menjerumuskan perniagaan, sehingga mereka menjadi orang kaya-raya dan kita berdiri di belakangnya. Apabila terjadi kekacauan di antara wakil rakyat, hendaklah mereka dipujuk dengan wang. Jika masih enggan, pujuklah dengan emas. Kita pun harus pandai memutarbelitkan fakta melalui media massa yang telah kita kuasai. Semua pendapat yang benar kita bantah, sehingga para pimpinan dan politik yang pro-Yahudi tetap berkuasa atas dukungan kita, dengan syarat mereka harus mematuhi usaha dan menerapkan program kita. Dan usahakanlah pengembalian dana yang berlipat kali ganda, daripada dana yang telah dilaburkan untuk membiayai mereka.

 

10)              Kita harus menguasai eksekutif, perundangan, dan kehakiman di setiap negara. Kita menggunakan "Strategi gembala kambing untuk dibawa ke tempat penyembelihan" iaitu dalam cara pengendalian ekonomi, politik, mata wang serta lapangan kerja.

 

11)              Kuasailah semua surat khabar, majalah, pejabat-pejabat berita, biro iklan, dan semua bahagiannya, percetakan dan alat-alatnya, para penulis dan ahli fikir sehingga semuanya tidak terlepas dari mata kita dan tidak ada satu pihak pun menentang kita demi membela kepentingan umum. Semua ini ada di bawah pengawasan sekretariat jenderal dan penasihat umum. Kita pun harus menguasai pejabat berita antarabangsa, sehingga jangan sampai ada berita yang dapat merugikan bangsa Yahudi. Jika kita menguasai pejabat berita dengan percetakannya, ini adalah satu kesempatan bagi kita untuk menguasai alam fikiran umat.

 

Adapun istilah kebebasan berfikir dan kebebasan berkata-kata itu hanya dalam batas-batas tertentu yang telah ditetapkan Yahudi Antarabangsa.

 

12)              Kerana setiap manusia perlu mendapatkan makanan pada setiap harinya, ada kalanya manusia terlupa berkenaan perkara yang lainnya. Ini pun merupakan satu peluang bagi kita untuk memutarbelitkan fakta. Kuasailah politik manakala rakyat sibuk kerana kesukaran mendapatkan makanan dan pakaian, atau kerana kesibukan dalam berurus niaga, pembangunan, dan industri, atau boleh juga disebabkan sibuk mereka acuh tak acuh terhadap politik. Perkara ini pun suatu kesempatan bagi kita untuk menguasai mereka.

 

13)              Jika dunia telah kita kuasai, tidak akan dibenarkan adanya penyebaran agama selain agama yang disebarkan oleh orang-orang Yahudi. Kerana kita adalah bangsa yang termulia pilihan Elohim.

 

14)              Semua pengamal strategi di antara kita harus merahsiakan pertemuan-pertemuan, kerana perkara ini merupakan perkara yang asas. Kita harus menguasai dan menghukum lawan-lawan kita. Akhirnya kita dapat melaksanakan tujuan kita dengan mengambil alih kekuasaan politik secara serentak di seluruh dunia. Siapa pun yang berusaha menentang, harus kita culik dan kita bunuh. Kerana hal itu mudah untuk dilaksanakan dan lebih baik daripada pembunuhan besar-besaran. Kita harus menyapu bersih semua organisasi rahsia tandingan di seluruh dunia, kerana mereka berusaha membongkar rahsia kita.

 

15)              Kurikulum di semua pengajian tinggi harus tunduk pada peraturan khas yang telah diatur dan dikendalikan oleh Majlis Pendidikan Yahudi. Sehingga semua pengajian tinggi diarahkan hanya untuk mengkaji teori belaka. Pada akhirnya semua lulusannya dijadikan lebih bodoh daripada orang awam. Akhirnya, para sarjana itu belajar mengikut selera dan kemahuan para penguasa. Mereka pun akan merengek-rengek mengemis meminta kerja pada penguasa.

 

16)              Sarjana-sarjana lulusan pengajian tinggi yang semacam itu akan membawa bangsanya untuk bertaklid buta, menutup akal fikiran yang bebas, dan sedikit kemungkinan mereka membantah. Pada saat itu kita ubah haluan mereka daripada mentaati hukum dan undang-undang. Pada saat itu pula ahli undang-undang dan penegak undang-undang harus dibatasi dan diawasi dengan ketat, sehingga hanya sedikit di antara mereka yang aktif.

 

Kita harus menguasai para pimpinan keagamaan dengan menghalangi amal mereka dan membataskan tablighnya, sehingga pengikut mereka tidak menyukai lagi pimpinannya itu. Sehingga terkuncilah mereka di dalam masjid-masjid atau di gereja-gereja, dan sekali-kali tidak menguasai lagi umat di luar masjid atau gereja.

 

Kita juga harus memberikan tugas kepada polis rahsia yang disebarkan di semua lapisan, berbagai perkumpulan, dan tempat kerja. Sesungguhnya inilah alat penting untuk penguasaan dan pelindungan penerapan pengamalan siasah Yahudi dan juga merupakan sistem penjajahan.

 

17)              Penjajahan politik merupakan cara yang efektif lagi mudah, iaitu dengan memperalat para pemidato yang dapat dibeli dengan wang dan pangkat, meskipun mengakibatkan orang-orang awam akan terjual dan jatuh miskin akibat perbuatan orang-orang semacam itu.

 

Kita harus membezakan hukuman bagi pelaku kejahatan kejam dan pelaku pembunuh politik. Pembunuh politik itu harus (dihukum) seringan mungkin, agar mereka tidak merasa jera dan terdorong untuk kembali melakukan serangan, pemajakan, dan sejenisnya.

 

18)              Semua amal usaha itu dikhususkan untuk bangsa Yahudi, selain bangsa Yahudi hanya diberikan hak untuk beramal dalam bidang ekonomi dan sosial. Sesiapa yang keluar daripada peraturan ini, bererti telah mendaftarkan diri untuk masuk ke dalam penjara.

 

19)              Hancurkanlah negara goyim dengan mengumpulkan hutang-hutang mereka, agar kita dapat mengambil keuntungan daripada belanja negara dan daripada bunganya. Maka sekali gus kita dapat menguasai politik, ekonomi dan sosial. Rakyat akan jatuh miskin dan hutang luar negaranya pun bertambah. Sesungguhnya wang pinjaman itu telah dimanfaatkan para penjabat negara dalam mencari kesenangan peribadi, kemewahan, dan hidup berfoya-foya.

 

Sesungguhnya pinjaman negara itu berbeza dengan pinjaman satu badan usaha untuk perniagaan dan mencari keuntungan.

 

20)              Kita harus berjuang untuk menguasai hasil bumi rakyat, dengan cara pinjaman daripada dana yang dikeluarkan oleh pemerintah sendiri. Pada masa yang sama, kita harus berjuang menarik wang yang beredar di kalangan rakyat, sehingga kelak timbullah krisis kewangan dan harga pasaran dunia pun dapat kita turunkan.

 

21)              Bunga daripada hutang negara harus semakin meningkat yang dapat menyebabkan anggaran belanjawan negara kian parah. Dan mereka akan segera menaikkan pajak sehingga rakyat tertindas menderita. Maka untuk mengatasinya, negara itu pun akan menambahkan hutangnya. Ketika itulah bangsa Yahudi menanamkan modal pada perusahaan-perusahaan besar di negara itu.

 

22)              Kita mempunyai persediaan emas. Kita kuasai politik suatu negara dengan emas, sehingga kita dapat mengatur, memaksa peraturan dan perundangan yang sesuai dengan kehendak kita, sehingga dunia pun akan membuka mata bahawa sesungguhnya hanya bangsa Yahudi lah yang terpilih dan terhormat di dunia ini.

 

Emas itu merupakan landasan utama dalam perindustrian, perniagaan, dan pertanian. Selama mana emas kita kuasai, kita dapat menguasai industri, ekonomi, dan hasil bumi sesebuah negara.

 

23)              Kemudian pada saat yang tepat, perkumpulan Yahudi yang beragam bentuknya dapat menghancurkan semua peraturan yang bertentangan dengan keinginan bangsa Yahudi.

 

Maka tugas Freemason adalah mengobarkan serangan dan fitnah sehingga timbul kegagalan dalam pemerintahan. Pada kesempatan ini pemimpin Yahudi sedunia harus dengan pantas menguasai keadaan (mengambil alih pemerintahan) menuju kekuasaan sedunia.

 

24)              Pada akhir kekuasaan itu, terpilihlah Raja Yahudi berketurunan Daud dan semua pemuka Yahudi menjadi penasihat dan pusat pemimpin dunia. Dunia akan tunduk patuh kepada bangsa Yahudi yang lebih patut dihormati kerana kepandaian dalam berusaha.

 

Program kelapan - Gorgah:

Program Kelapan dinamakan “Gorgah”, dalam istilah Freemason:

1.   Untuk merosakkan para pemimpin negara, agama, dan parti; mereka harus dijerumuskan ke dalam pasaran seks dengan seribu satu jalan. Pepatah Yahudi mengatakan: “Jadikanlah perempuan cantik itu untuk alat sesuatu permainan strategi”

2.   Membuat perangkap seks bagi seseorang yang terhormat. Sekiranya terperangkap, maka namanya akan disiarkan sehingga kehormatannya jatuh.

3.   Menyebarkan agen Kasisah, iaitu perisikan Freemason untuk menghancurkan martabat lawan di tempat-tempat maksiat.

4.   Mendirikan bangunan perjudian terbesar dan moden yang di dalamnya penuh dengan kepalsuan dan kelicikan yang menguntungkan Yahudi.

5.   Melemahkan pasukan lawan dengan perempuan dan ubat khusus.

 

Program kesembilan - Plotisme:

Program Kesembilan dinamakan Plotisme, dalam istilah Freemason:

1.   Mendidik alim ulama Plotis yang fahamannya bersifat luaran.

2.   Alim ulama Plotis itu disebarkan sebagai tenaga pengajar di sekolah-sekolah Islam atau lembaga-lembaga Islam.

3.   Alim ulama Plotis itu harus diangkat menjadi anggota kehormatan Freemason.

 

Program kesepuluh - Qornun:

Program Kesepuluh dinamakan Qornun, dalam istilah Freemason :

1.   Orang-orang terpilih yang berbahaya bagi Freemason didukung agar menjadi kaya raya sehingga dia bergelimangan dengan harta benda, tetapi akhirnya dia diperas ugut oleh orang suruhan Freemason dengan cara yang halus.

2.   Memberikan dana bagi pendidikan agama dalam urusan perniagaan, bertani dan sebagainya sehingga mereka menjadi sibuk dalam urusan keduniaan.

3.   Memastikan lawan-lawan Freemason agar terperangkap dalam riba daripada Bank Freemason.

4.   Menghasut dan memberikan jalan dengan berbagai strategi, agar para penjabat bank di luar Bank Yahudi melakukan kecurangan sehingga bank tersebut hancur. Kelak bank itu dibantu oleh Bank Freemason dengan ikatan yang kuat. Bank itu berdiri semula dengan tujuh puluh lima peratus modal Yahudi. Kemudian pemimpin Bank dan karyawan Bank tersebut diberikan ajaran Freemason dan sebahagian menjadi anggotanya.

 

Versi Ketiga:

Sebagaimana yang dinukilkan daripada buku-buku berikut ini iaitu:

1.   Buku berjudul “Doktrin Zionisme dan Ideologi Pancasila” oleh Muhammad Thalib Irfan S. Awwas.

2.   Buku berjudul “Tipu daya Freemason di Asean” (atau yang diterbitkan pertama kali dengan judul “Freemason di Asia Tenggara”) tulisan Abdullah Patani.

 

Bahawa Freemason Antarabangsa mempunyai sepuluh gagasan yang tercantum dalam buku “Siasah Freemason” yang diarahkan oleh Khalel Ibn. Khaled:

1)  Menghancurkan semua parti, kelompok yang dianggap lawan oleh Freemason itu dengan: kekuasaan, pecah-belah atau perebutan jawatan, lalu membentuk organisasi atau parti tempat berteduhnya Freemason atau membuatnya sebagai pelaksana idea-idea Freemason.

 

2)  Mensekularkan pemuda-pemuda Islam sehingga pemuda-pemuda itu walaupun mengaku beragama Islam, tetapi antipati terhadap Islam dan mereka menentang Islam sebagai asas dan ideologi.

 

3)  Dalam keagamaan, Freemason bergerak membuat agama campuran, memplotiskan ulama-ulama. Sesungguhnya Freemason telah berjaya membuat agama baru Bahaiyyah, yang didirikan oleh seorang Freemason Abdul Baha dan Ahmadiyyah yang didirikan oleh seorang Freemason India iaitu Mirza Ghulam Ahmad yang terdiri daripada 2 aliran. Aliran (Ahmadiyyah) yang radikal disebut Qadyani, dan yang halus disebut aliran Lahore. Pembiayaan dakwah dan tablighnya itu berasal daripada Freemason Antarabangsa melalui penguasa Inggeris.

 

Freemason turut menaja terbentuknya tarekat-tarekat Islam yang berfatwa dan bergerak sejalan dengan ajaran Freemason. Dibentuknyalah pada tahun 1946 gerakan Quraniyyah dipimpin Syaikh Yakub dari Palestin, di mana segala sesuatu harus berdasarkan Al-Quran tanpa tafsir dan semua Hadis Nabi SAW ditolak; sehingga mereka solat hanya berdasarkan Al-Quran, tidak ada rakaat dalam solat, tidak ada bacaan tertentu dalam solat, tidak ada azan, iqamat dan sebagainya. Hal ini untuk menjauhkan anak-anak muda dalam memahami Al-Quran, dan agar menganggap bahawa Al-Quran itu hanyalah sebagai kesusasteraan purba.

 

Diadakanlah pertandingan membaca Al-Quran, agar pemuda-pemudi itu mahu membaca Al-Quran dan menghafal surah-surah tertentu, sekadar hanya untuk mendapatkan piala daripada jawatankuasa itu.

 

4)  Mengumpulkan dana daripada umat beragama untuk menghancurkan agama itu sendiri. Di Turki pernah dikutip zakat fitrah untuk Ulama Su yang kemudian diserahkan kepada Pemerintahnya dan digunakan untuk menindas Islam.

 

5)  Menghancurkan yang lama dan membuat yang baru. Ertinya: segala yang dianggap kuno dibuang, dan segala yang dianggap baru dibangunkan.

 

6)  Mengadakan yayasan-yayasan dan lembaga-lembaga sosial, kursus-kursus bahasa, pengajian ilmiah dan sebagainya. Diterbitkannyalah buku-buku baru.

 

7)  Menghancurkan moral lama dan membuat moral baru yang disebutnya Etika Antarabangsa. Dalam Etika Antarabangsa itu, banyak diajarkan hal-hal yang bertentangan dengan Islam, seperti ajaran (pluralisme) bertoleransi dengan agama lain, tidak membeza-bezakan agama, dan sebagainya.

 

8)  Upacara-upacara (adat) lama digali kembali dan ia dianggap untuk menyaingi agama. Kesyirikan dalam segala bentuk diperkuat.

 

9)  Menyebarkan pornografi dalam segala bentuk, seperti melalui filem, buku-buku, gambar-gambar, dan sebagainya.

 

10)      Untuk melumpuhkan generasi muda di luar orang-orang Yahudi, disebarkanlah segala minuman yang memabukkan, dan dadah dalam segala bentuknya.

 

Program Antarabangsa Freemason yang diungkapkan dalam versi ini sebenarnya tidaklah jauh berbeza dengan versi-versi sebelumnya. Pada dasarnya, itulah usaha Freemason dan dari berbagai penjuru kita sudah berada dalam kepungan/serangannya.

 

Yang hendaklah kita sebagai kaum Muslimin fikirkan adalah: Apakah yang sepatutnya setiap Muslim lakukan untuk menjaga keyakinan dan akidahnya. Hal ini disebabkan dari berbagai sisi strategi di atas, tidak ada lorong yang besar ataupun yang kecil melainkan semuanya telah menjadi sasaran Freemason Yahudi.

 

Berbagai konspirasi Freemason Yahudi ini sudah tersebar nyata dan terjadi di sekitar kita, mungkin di antara kaum Muslimin ada yang dapat merasakannya (baik di dunia antarabangsa, mahupun di negara kita), namun tidak sedikit pula kaum Muslimin yang tidak menyedarinya sehingga dia menjadi korban konspirasi ini.

 

Hendaklah kaum Muslimin, di samping memelihara akidah dirinya, juga perlu memikirkan bagaimana Islam dapat sampai kepada generasi-generasi akan datang. Hal ini disebabkan terdapat banyak pemuda dan pemudi kaum Muslimin pada zaman ini yang semakin jarang mendatangi masjid, kebanyakan mereka lebih suka berkumpul di gedung-gedung membeli belah, hiburan, kafe, panggung wayang dan seumpamanya yang menjadi pusat-pusat sasaran Freemason. Sementara ilmu agama atau Islam semakin hari semakin terasing, dan tidak diambil berat oleh para pemuda-pemudi kaum Muslimin. Sesungguhnya ini berbahaya bagi masa hadapan kaum Muslimin. Hendaklah perkara ini menjadi tanggungjawab kita semua.

 

Karya disunting daripada Hasil Kerja Ust. Achmad  Rofi’i, Lc.M.Mpd.

 

 

Baca Juga; Sedikit Mengenai Sejarah Bangsa Yahudi, Kabala, Illuminati, dan Freemason.

http://islamdankeselamatannya.blogspot.com/2013/11/sedikit-mengenai-sejarah-bangsa-yahudi.html

 

 

No comments:

Post a Comment