Sunday 19 May 2013

Perlantikan Jesus Sebagai Tuhan


Setelah kami pelajari, kaji, dan dalami, ternyata tidak terdapat satu dalilpun di dalam Kitab Injil itu di mana Jesus pernah bersabda bahawa "Sembahlah aku". Yang ada hanyalah Jesus bersabda, "Sembahlah Tuhanmu dan hanya kepada Dia sahajalah engkau berbakti.” Ucapan Jesus tersebut memberikan suatu pengertian kepada kita bahawa Jesus itu bukanlah Tuhan yang harus disembah, kerana dia hanyalah seorang Nabi atau Rasul. Untuk lebih jelas marilah kita periksa kisah di dalam Kitab Injil iaitu pada Injil Matius 4:8-10, iaitu ketika Jesus diuji oleh Iblis sebagai berikut :

"Dan Iblis membawanya pula ke atas gunung yang sangat tinggi dan memperlihatkan kepadaNya semua kerajaan dunia dengan kemegahannya, dan berkata kepadaNya: "Semuanya itu akan kuberikan kepadaMu, jika Engkau sujud menyembah aku. " Maka berkatalah Jesus kepadanya: "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, dan hanya kepada Dia sahajalah engkau berbakti!" (Matius 4:8-10)

Ayat-ayat tersebut adalah berkisar mengenai percubaan di padang gurun ketika Jesus akan diuji Iblis. Sebelumnya Iblis menguji Jesus dengan menyuruh mengubah batu-batu menjadi roti, namun tidak berjaya, kemudian percubaan kedua Iblis menyuruh Jesus menjatuhkan dirinya dari atas bubungan Bait Allah, namun tidak berjaya. Akhirnya Iblis membawa Jesus ke puncak gunung yang tinggi dan menawarkan untuk memberikan Jesus semua kerajaan di dunia ini berserta kemegahannya, asalkan Jesus mahu sujud menyembah kepadanya. Pada percubaan yang ketiga inilah Jesus mengherdik Iblis seraya berkata, "Enyahlah, Iblis! Sebab ada tertulis: Engkau harus menyembah Tuhan, dan hanya kepada Dia sahajalah engkau berbakti!" Bahkan ucapan Jesus ini sangat-sangat sesuai dengan penyataan Kitab suci Al-Quran mengenai ucapan Nabi Isa a.s iaitu:

"Sesungguhnya Allah Dialah Tuhanku dan Tuhan kamu, maka sembahlah Dia, inilah jalan yang lurus." (Al-Quran 3:51).

Bahkan dalam kitab Taurat Musa Ulangan 6:4, dikatakan bahawa Tuhan itu Esa:

"Dengarlah, hai orang Israel: Tuhan kita itu, Tuhan itu esa!".

Berdasarkan Taurat, Injil, dan Al-Quran, Tuhan yang disembah itu adalah Tuhan yang Esa, bukan Jesus yang disembah. Bahkan Jesus sendiri menyuruh menyembah hanya kepada Tuhan yang dia sembah. Jesus tidak pernah mengajarkan kepada umatnya bahawa dia adalah Tuhan yang harus disembah. Tidak terdapat satu perintahpun di dalam Kitab Injil. Menyamakan Jesus dengan Tuhan, adalah satu perbuatan dosa, kerana baik Jesus mahupun Allah, tidak mengajarkan seperti itu. Bahkan di dalam Kitab Injil itu sendiri, Tuhan melarang siapa sahaja yang menyamakan Dia dengan yang lain. Perhatikan ayat Kitab Injil sebagai berikut:

"Kepada siapakah kamu hendak menyamakan Aku, hendak membandingkan dan mengumpamakan Aku, sehingga kami sama?” (Yesaya 46: 5)
(Sumber:akhirzaman.info)

Hakikatnya Jesus hanyalah seorang manusia yang dilantik menjadi tuhan oleh maharaja Rom kira-kira 300 tahun selepas kematiannya, iaitu selepas 300 tahun. Fakta sejarah yang telah disembunyikan oleh pihak gereja yang didedahkan sendiri oleh bekas birawati yang telah memeluk agama Islam.





No comments:

Post a Comment