Sunday 19 May 2013

Kepalsuan Triniti (Tiga Tuhan) di dalam kitab Injil?


Bagi menjawab persoalan yang dilontarkan mengenai Triniti (Tiga Tuhan), umumnya para Pendeta atau Misionaris, atau umat Kristian lainnya sering kali menjawab dengan mengangkat dalil Yohanes fasal 1 ayat 1 & 14.

"Pada mulanya adalah Firman; Firman itu bersama-sama dengan Tuhan dan Firman itu adalah Tuhan."(Yohanes 1:1).

"Firman itu telah menjadi manusia, dan diam di antara kita, dan kita telah melihat kemuliaannya, iaitu kemuliaan yang diberikan kepadaNya sebagai Anak Tunggal Bapa, penuh kasih kurnia dan kebenaran. (Yohanes 1:14)

Firman ataupun ucapan Tuhan yang diterangkan di atas merupakan Jesus (Nabi Isa). Iaitu Firman atau ucapan yang telah berubah menjadi manusia.

Namun hakikatnya, kedua-dua dalil yang digunakan ini adalah termasuk dalil-dalil tidak asli yang diakui sendiri oleh sebahagian mereka.

Mengenai Injil Yohanes pasal 1 ayat 1 dan 14, dalam buku “The Five Gospels” yang diterbitkan oleh Harper San Fransisco, yang diulas oleh Robert W. Funk dan Roy W. Hoover, ternyata ayat-ayat tersebut tidak termasuk dalam kategori ucapan Jesus. Di Amerika dalam tahun 1993, di Sanoma CaIifornia, anjuran Institut Westar, Injil diseminarkan oleh kalangan 76 orang ahli daripada berbagai bidang, seperti ahli akademik dari berbagai universiti terkenal di dunia, para ahli ilmu teologi daripada Katolik dan Protestan, ahli kitab suci, ahli bahasa Ibrani, dan lain-lain. Tidak terdapat seorang Islampun di situ. Injil yang diseminarkan terdiri daripada lima iaitu Injil Matius, Markus, Lukas, Yohanes dan Injil Thomas. Kelima-lima Injil yang dinamakan sebagai "The Five Gospels" diseminarkan dalam rangka mengklasifikasikan ucapan Jesus. Maka dalam muka buku yang bertajuk “The Five Gospels” tersebut dituliskan “What Did Jesus Really Say? The Search For The Authentic Words of Jesus”. Dalam buku “The Five Gospels” tersebut, semua ucapan Jesus, dicetak berwarna. Terdapat empat warna yang dipersetujui, iaitu merah (RED), merah jambu (PINK), kelabu (GRAY) dan hitam (BLACK). Terdapat tiga pilihan (Option) yang dipersetujui untuk menentukan darjah kebenaran ucapan Jesus, iaitu :

Option 1
>>Red : I would include this item unequivocally in the database for determining who Jesus was.
>>Pink : I would include this item with reservations (or modifications) in the database.
>>Gray : I would not include this item in the database, but I might make use of some of the content in determining who Jesus was.
>>Black : I would not include this item in the primary database.

Option 2
>>Red : Jesus undoubtedly said this or something very like it.
>>Pink : Jesus probably said something like this.
>>Gray : Jesus did not say this, but they ideas contained in it are close to his own.
>>Black : Jesus did not say this, it represents the perspective or content of a later or different tradtion.

Option 3
>>Red : That's Jesus !
>>Pink : Sure sounds like Jesus.
>> Gray : Well, maybe.
>>Black : There's been some mistake.

Daripada hasil seminar, ternyata Injil Yohanes pasal 1 ayat 1 & 14 tidak masuk dalam kategori yang dinilai atau yang diseminarkan, kerana ayat-ayat tersebut dianggap bukan ucapan Jesus. Ayat itu hanyalah ucapan Yohanes sahaja! Dan ayat tersebut tidak termasuk dalam kategori RED, PINK, GRAY & BLACK. Hasil akhir daripada penelitian dalam seminar yang dilakukan oleh 76 ahli daripada berbagai bidang, menyatakan sebagai berikut :

"Eighty-two percent of the words ascribed to Jesus in the gospels were not actually spoken by him, according to the Jesus Seminar."
(82% kata-kata yang dianggap berasal dari Jesus di dalam Injil, tidaklah benar-benar diucapkan olehnya, menurut Seminar Jesus)

Pernyataan 76 ahli daripada berbagai bidang dari seluruh dunia dalam Seminar mengenai Jesus, sungguh mengejutkan dunia, khususnya di kalangan kaum Kristian, kerana kalaulah 82% isi kandungan Injil bukan benar-benar diucapkan oleh Jesus, bererti hanya 18% sahaja isi kandungan Injil yang dianggap ucapan Jesus. Ternyata Yohanes 1:1 & 14 yang dijadikan dalil yang menerangkan Jesus sebagai tuhan, menurut 76 ahli tersebut, bukanlah ucapan Jesus, tetapi hanya pendapat penulis Injil itu sahaja, iaitu Yohanes. Bahkan para peserta Seminar Jesus tersebut, tidak ada satupun yang beragama Islam. Lebih ironis lagi, daripada semua Injil-Injil yang diseminarkan itu, Injil Yohanes termasuk yang hampir 100% dianggap bukan ucapan Jesus. Hasilnya sungguh mengejutkan, daripada 4 kategori, tidak ada satu ayatpun dalam seluruh Injil Yohanes yang dicetak huruf Red. Huruf Pink sahaja hanya ada satu, huruf Grey hanya ada empat ayat sahaja, selebihnya Black. Perincian khusus Injil Yohanes sebagai berikut: RED : (That is Jesus!), tidak satu ayat pun yang dicetak berwarna merah, bererti tidak ada satu ayatpun yang dianggap benar-benar ucapan Jesus. PINK: (Sure sounds like Jesus), hanya ada satu ayat sahaja iaitu Yohanes 4:43. GRAY : (Well, maybe), hanya ada empat ayat sahaja, iaitu pada Yohanes 12 ayat 24, 25, 26 dan Yohanes 13 ayat 20. BLACK : (Jesus did not say this There's been some mistake!) selebihnya bukan ucapan Jesus! Bayangkan sahaja, Injil Yohanes terdiri daripada 21 pasal, 878 ayat dan 19099 kata. Kalau RED tidak ada, PINK hanya 1 ayat, GRAY 4 ayat, bererti bakinya BLACK (bukan ucapan Jesus) ada 873 ayat.
(Sumber:akhirzaman.info)

Namun apabila ditanyakan kepada seorang pendeta Kristian mengenai hal ini, dia hanya menjawab sebagai berikut “Aku tidak percaya kepada pakar-pakar itu”





No comments:

Post a Comment